Borang dan Kegunaannya

Borang ialah antaramuka yang dapat digunakan oleh pengguna untuk memasukkan data ke dalam pangkalan data.



(1) Membina borang-
Pilih Forms.

Beri tajuk borang. Pilih ciri objek dan jenis data, kemudian masukkan ruangan untuk diisikan data.
Save (kanan atas) selepas borang siap dibina. Tekan Access Form untuk mengisi borang.

(2) Tambah rekod-
Borang dapat memasukkan rekod ke dalam pangkalan data.
Borang sudah sedia diisi  oleh oleh pengguna dengan mudah.

Untuk melihat data yang telah dimasukkan, tekan Forms, kemudian pilih All Entries pada borang yang ingin dilihat.

Data yang telah dimasukkan dipaparkan dalam bentuk jadual.

(3) Sunting rekod-
Suntingan ialah membuat perubahan kepada data, contohnya membuat pembetulan nama.
Tekan ikon pensel untuk membuat suntingan kepada data.

Data dipaparkan dalam bentuk borang dan boleh disunting.

(4) Hapus rekod-
Hapus ialah membuang rekod yang tidak diperlukan lagi.

Tick pada rekod yang hendak dihapus, kemudian tekan ikon Delete (kiri atas jadual)

Comments