Langkah-langkah membina senarai mel

Langkah 1: simpan alamat e-mel

Buka aplikasi buku alamat e-mel. Jika menggunakan gmail, buku alamat e-melnya dikenali sebagai Contacts.
 
Pilih Create Contact untuk simpan alamat e-mel.



Lengkapkan maklumat dan Save.

Langkah 2: membina senarai mel

Pilih Create Label. Label ialah nama lain bagi senarai mel.

Berikan nama bagi senarai mel tersebut, contohnya himpunan alamat e-mel murid sesuatu kelas diberikan nama kelas berkenaan, kemudian Save.

Pilih alamat e-mel yang hendak dikumpulkan bersama, pilih Change labels kepada senarai mel yang telah dinamakan.

Contoh senarai mel yang telah siap.

Langkah 3: menghantar e-mel menggunakan senarai mel

Klik label/ senarai mel yang ada dan tandakan semua alamat e-mel yang berkenaan.


Contoh e-mel yang sedia untuk dihantar. E-mel hanya perlu disediakan sekali dan boleh dialamatkan kepada lebih daripada seorang penerima.

Selamat menggunakan senarai mel.

Comments