Senarai Mel



1.       Senarai Mel terdapat dalam Buku Alamat E-mel dalam suatu aplikasi e-mel.

2.       Contoh aplikasi e-mel ialah GMAIL (mail.google.com) dan YAHOO MAIL (mail.yahoo.com). Alamat e-mel dikenali dengan tanda @, contohnya munyie4424@ yahoo. com atau munyie4424@ gmail. com

3.       Buku alamat e-mel berguna untuk menyimpan senarai alamat e-mel.

4.       Selain daripada alamat e-mel, pengguna juga boleh menyimpan maklumat lain seperti tarikh lahir, nombor telefon dan alamat rumah.

5.       Senarai mel ialah sekumpulan alamat e-mel yang disimpan di bawah satu nama sepunya berdasarkan suatu kepentingan.

6.       Contohnya senarai mel yang dinamakan “e-mel murid tahun 5” mengumpulkan semua alamat e-mel murid tahun 5.

7.       Kelebihan senarai mel ialah boleh menghantar e-mel secara pukal.


Latihan: Tandakan    /   atau    x .


1. Senarai mel boleh digunakan untuk menyimpan satu alamat e-mel.


2. Senarai mel terdapat dalam Buku alamat e-mel.


3. Buku alamat e-mel hanya boleh menyimpan alamat e-mel sahaja.


4. Beberapa alamat e-mel boleh dikumpulkan dengan nama sepunya dan dipanggil senarai mel.


5. Senarai mel membolehkan penghantaran e-mel secara pukal.



Comments