Laman Web


1.       Laman web ialah dokumen elektronik dalam jaringan sejagat.
2.       laman web boleh mengandungi teks, grafik, audio, video dan pautan.
3.       Jenis laman web:
Jenis laman web
penerangan
Contoh
organisasi
Berkaitan dengan organisasi seperti persatuan, kementerian, kelab, perbadanan dan lain-lain yang  seumpamanya.
(laman web Kementerian Pendidikan Malaysia)
peribadi
Berkaitan orang perseorangan
komersial
Menawarkan perkhidmatan atau produk (melibatkan jual-beli)
hiburan
Pengisian santai dan rehat
berita
Laporan peristiwa semasa, ekonomi, sukan
sosial
Menggalakkan interaksi antara pengguna laman (boleh komen, like, friend, follow dan lain-lain yang seumpamanya)



Latihan: tandakan   /   atau   x.

1. Laman web organisasi menggalakkan interaksi antara pengguna laman.

2. Blog kepunyaan seorang penyanyi adalah contoh laman web peribadi.

3. Jika Abu ingin bermain permainan atas talian, dia boleh melayari laman web hiburan.

4. Seorang penulis buku boleh menjual novelnya di suatu laman web komersial.

5. Laman web berita menyediakan laporan peristiwa semasa dalam dan luar Negara.

Comments

Post a Comment