Kebaikan dan Keburukan Internet


Bincangkan dengan murid-murid maksud kata-kata kunci yang menunjukkan kebaikan atau keburukan:

1.Kata kunci kebaikan
a. menjimatkan (masa/ tenaga/ wang)
b. memudahkan
c. pelbagai
d. penyebaran

2. Kata kunci keburukan
a. tidak tepat/ sahih
b. fitnah/ hasutan
c. lucah
d. lambakan (terlalu banyak sehingga tidak dapat dipastikan kesahihan)
e. perisian hasad
f. gangguan


3. Perisian hasad:
(a) Virus komputer boleh menyebabkan gangguan kepada fail-fail yang disimpan dalam komputer.
(b) Perisian iklan memaparkan dan memuat turun kandungan pengiklanan seperti banner dan pop up semasa pengguna sedang berada dalam talian internet.
(c) Cecacing boleh menyebabkan  gangguan dalam rangkaian komputer.

Latihan: Tuliskan Kebaikan atau Keburukan.

1. Penyebaran fitnah dan hasutan.

2. Maklumat yang banyak dan mudah dicapai.

3. Lambakan maklumat.

4. Maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih.

5. Terdedah kepada perisian hasad dan gangguan maklumat.

6. Menjimatkan masa dan memudahkan urusan.

7. Lambakan bahan lucah.

8. Memudahkan penyebaran maklumat.

9. Maklumat boleh didapati dalam pelbagai bentuk sepeti bahan bacaan, bahan bergambar, klip video, animasi dan lain-lain.


Senaraikan perisian hasad: ________________________________________________________

Comments